LITERARY POETICS OF INDONESIAN AND MALAYSIAN WOMEN: A GYNOCRITICAL APPROACH
ebook

LITERARY POETICS OF INDONESIAN AND MALAYSIAN WOMEN: A GYNOCRITICAL APPROACH

Editorial:
PENERBIT USM
Materia
Linguistica, Critica literaria, Discurso y otros
ISBN:
978-983-861-766-6
Páginas:
324
Formato:
Epublication content package
Derechos eBook:
Copiar/pegar: Prohibido.
Imprimible: Prohibido.
DRM
Si

Kajian feminisme di Malaysia sudah melalui

tahap permulaannya. Buku ini, Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia:

Satu Bacaan Ginokritik membawa pembaca ke tahap seterusnya dengan perbincangan

daripada sudut yang lebih mutakhir dan menggunakan teori ginokritik yang

digagaskan oleh Showalter. Perbincangan yang tersusun rapi dan diperkuat dengan

hujah-hujah serta contoh yang jelas ini memberikan gambaran dan amalan puitika

wanita yang lebih menonjolkan biologi dan pengalaman wanita. Puitika wanita

yang unik dan berlainan ini mendekonstruksikan puitika aliran perdana (lelaki),

dan oleh yang demikian bersifat subversif kerana yang dijadikan medan perbincangan

di sini ialah perasaan, suara, keinginan, perlambangan, imej, wacana dan gaya

wanita, yang seterusnya dihubungkan dengan sifat biologi pengarang wanita.

Pengarang menggalurkan unsur-unsur ini dalam karya-karya pengarang penting

Indonesia dan Malaysia, termasuk Titis Basino, Oka Rusmini, Ayu Utami dan Toety

Heraty dari Indonesia, dan Azmah Nordin, Rosmini Shaari, Fatimah Busu dan

Zaharah Nawawi dari Malaysia. Aspek-aspek serta unsur-unsur yang secara

langsung atau tidak langsung telah mempengaruhi proses pembentukan puitika ini

di kedua-dua buah negara turut dibincangkan. Buku ini sememangnya adalah pemaparan

usaha penting pengarang yang membuka lembar baru dalam penerokaan akal budi

pengarang wanita Malaysia dan dengan itu berlaku adil kepada wacana dan sudut

wujud mereka. lnilah bahan bacaan dan rujukan penting yang perlu dimiliki oleh

para pengkaji dan pelajar kesusasteraan.