ENVIRONMENTAL PRESERVATION AND CONSERVATION IN MALAYSIA
ebook

ENVIRONMENTAL PRESERVATION AND CONSERVATION IN MALAYSIA

Editorial:
PENERBIT USM
Materia
Biología y Ecología
ISBN:
978-983-861-730-7
Páginas:
195
Formato:
Epublication content package
Derechos eBook:
Copiar/pegar: Prohibido.
Imprimible: Prohibido.
DRM
Si

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia memuatkan 12 bab yang diusahakan oleh penulis dari latar ilmu yang pelbagai sebagai reaksi mereka terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di Malaysia. Buku ini ditulis untuk memberi pengetahuan, maklumat dan kesedaran tentang isu-isu berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Malaysia agar alam sekitar terus terpelihara. Hal ini kerana persoalan alam sekitar semakin penting dan menyerlah dalam kehidupan seharian masyarakat dan menjadi agenda utama dalam pembangunan negara. Alam sekitar sangat penting dipelihara dan dipulihara kerana ia bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada manusia tetapi juga merupakan sistem bantuan kehidupan yang tidak ternilai. Semoga buku ini dapat mengisi ruang yang belum diliputi oleh buku lain di samping menampung kekurangan tersebut dalam usaha memupuk sikap prihatin dan sifat kecintaan yang mendalam terhadap alam sekitar.